Zaman mutakhir ini di mana pelbagai jenis penyakit ganjil menghantui dan membelenggu kehidupan, membuatkan manusia semakin sibuk, kelamkabut serta berserabut!. Kegagalan ilmu perubatan moden dalam menangani sesetengah penyakit yang melanda rupanya memberi ruang cukup istimewa kepada pelbagai bentuk perubatan altenatif. Tidak dinafikan memang terdapat simpton penyakit tertentu yang tidak terjangkau oleh scanner,tak tertangkap dek imbasan sinar X!, tak tercekup oleh scope dan sebagai seorang muslim, kewujudan makhluk-makhluk halus dari kalangan Jin atau Iblis yang menjadi asbab kepada sesuatu kemudaratan adalah suatu yang wajib diimani. Malah melalui lisannya yang mulia, Junjungan Rasullullah pernah bersabda yang mahfumnya 'Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam tubuh anak Adam melalui aliran darah' Hadis sahih riwayat Imam Ahmad. Jadi tidak hairanlah para alim ulama, ustaz dan cendikiawan Islam yang berkeupayaan serta menguasai ilmu tertentu berhubung pemulihan gangguan ini kini mejadi tumpuan umat islam.
Pusat rawatan perubatan alternatif tumbuh dimerata pelusuk negara bagai cendawan di musim hujan, Kalau dulu kita hanya mengenali 'Darul Shifa' yang diasaskan oleh Prof.Dr.Harun Din sebagai pusat rawatan alternatif secara Islam. Para ilmuan Islam kini tidak lagi dipandang lekeh secara sebelah mata. Jika dilihat dari sudut postif, ia memang suatu yang baik bagi dunia Islam kerana menyumbang kearah kesejahteraan mental dan fizikal umat Islam khususnya. Bagaimanapun disebalik kebaikan yang kita harapkan ini, terselit juga beberapa elemen yang tidak begitu mengembirakan. Sebagai seorang yang cintakan Islam dan sedikit sebanyak berada dalam gerakan haraki serta mendampingi segelintir para ustaz, ilmuan dan ulama, saya dapat merasakan kelainan ini. Kalau dulu mereka begitu komited, bersungguh-sungguh mendepani pelbagai isu di dalam masyarakat bersama-sama jemaah, setia mempimpin kuliah dan pengajaran serta memberi tarbiyah sebagai naqib di dalam sesi usrah serta sesekali menyuntik semangat juang di dalam pidato umum kini mereka semakin lesu dan kelu kerana kesibukan menghambat Jin jembalang yang tidak kelihatan, tetapi tidak peduli dengan Jin jembalang dalam rupa manusia yang bermaharaja lela di depan mata yang bukan setakat membawa asbab kehancuran seorang manusia, malah keluarga, masyarakat dan negara seluruhnya!
Mutakhir ini bomoh dan pawang pun teruja untuk menukar label sebagai 'Ustaz Pengubat'. Pengalaman saya dengan seorang jiran yang diketahui umum oleh masyarakat setempat kerana memiliki sahsiah diri yang diragui, tidak pernah menjejakkan kaki ke surau, tiba-tiba menjadi perhatian orangramai untuk urusan pengubatan!Dikenali sebagai 'ustaz' oleh individu yang datang daripada luar untuk berubat. Kalau bomoh menjadi ustaz, maka pak-pak ustaz pun dewasa ini ghairah menawarkan diri menjadi pengamal perubatan alternatif!Pantang disua air tawar, maka mengaku boleh menawar! mengaku mampu mengesan kehadiran makhluk halus Jin jembalang di dalam badan, boleh memasung dan mengurung!Kepada segelintir ustaz-ustaz dan ilmuan sebegini, saya cadangkan, cuba perhatikan keperibadian Profesor Doktor Harun Din. Siapa yang tidak kenal beliau dalam halehwal pengubatan alternatif Islam ini? Punyai aneka pengalaman berdepan dengan pelbagai jenis jin jembalang bajang hantu syaitan. Apakah beliau meminggirkan diri dengan perjuangan?Kalau Prof.Dr Harun Din seorang yang sudah dilabel sebagai taraf 'sifu' dalam dunia pengubatan Islam inipun tidak membiarkan ada jarak antara dirinya dengan perjuangan, mengapa 'ustaz-ustaz prebet' (Maaf kalau istilah ini tidak sesuai) yang suatu ketika dahulu begitu hebat tiba-tiba membiarkan lidah-lidah mereka bagai diikat kerana hanya kononnya menjadi 'PENGUBAT'!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan